Ini hasil poster aktiviti kegiatan kokurikulum saya.
Rabu, 12 Januari 2011
Isnin, 10 Januari 2011
Aktiviti Kegiatan Kokurikulum
Saya telah sertai aktiviti kegiatan kokurikulum Multi Sports. Saya meneruskan aktiviti kegiatan Multi Sports daripada tahun lepas. Saya meyertai Multi Sports tahun ini kerana ia memang menyoronokan. Saya dapat -mendaki dinding, bermain badminton, bola jaring dan bermacam- macam lagi. Multi Sports sebernanya aktiviti kegiatan sukan. Saya pelajari yang sukan mempunyai sejarah mereka sendiri.
Jumaat, 7 Januari 2011
Azam saya untuk tahun 2011
Saya berazam untuk berkerja kerja keras untuk mendapat markah tinggi untuk peperiksaan. Saya juga berazam untuk keseimbang pelajaran saya dan masa bermain saya. Saya akan belajar pada hari sekolah dan bermain pada hari Sabtu atau Ahad dan cuti sekolah.
Khamis, 12 Ogos 2010
Mendapat tempat ketiga
Saya tidak boleh percaya apabila nama saya disebut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan blogging. Saya mendapat 6 buah buku, sebuah kamera dan sebuah piala gangsa. Saya tidak pernah menyertai pertandingan seperti itu atau mendapat hadiah seperti itu. Ibu serta bapa saya bangga dengan saya kerana mencuba dengan terbaik sekali. Apa yang saya mempelajari dari pengalaman ini ialah selalu bekerja keras dan jangan muda berputus asa kalau mahu berjaya.
Khamis, 29 Julai 2010
Pantun Ciptaan Saya
Sebagi aktiviti lanjutan sesi 'Mari Berpantun', cikgu menggalakkan saya mencipta pantun yang berbentuk moral. Ini kali pertama saya mencipta pantun saya sendiri. Cuba baca pantun yang saya telah cipta ini.
Berjalan-jalan berbatu-batu
Singgah sebentar di sebuah perigi
Janganlah kita malas membantu
Nanti diri sendiri yang akan rugi.
Berjalan-jalan berbatu-batu
Singgah sebentar di sebuah perigi
Janganlah kita malas membantu
Nanti diri sendiri yang akan rugi.
Moral: Kita mesti sentiasa bantu-membantu, untuk orang lain dan juga diri sendiri. Jika kita malas, kita tidak akan dapat apa-apa kejayaan.
Bagaimana? Bagus atau tidak? Berilah komen anda.
Sabtu, 24 Julai 2010
Lawatan ke Muizum Penyu dan Kura-kura
Saya turut dapat melihat seekor penyu sedang bertelur. Kasihan penyu itu. Air matanya mengalir semasa ia bertelur. Tentu sakit.
Pemandu wisata juga menunjukkan kami seekor penyu yang cacat. Penyu itu tidak dijaga dengan baik, sebab itu kulitnya melengkong ke dalam.
Telur-telur yang bujur merupakan telur-telur yang sudah rosak dan tidak boleh menetas. Telur-telur ini mempunyai kulit yang keras.
Terdapat beberapa perbezaan antara penyu dan kura-kura. Antaranya ialah kehidupan mereka. Penyu boleh tinggal di darat dan di laut. Manakala kura-kura hanya boleh hidup di darat.
Hasil lawatan ini, kami disuruh membuat sebuah video mengenai kehidpuan penyu dan kura-kura. Kami telah diajar menggunakan Windows Movie Maker untuk menghasilkan sebuah video. Inilah hasil video saya.
Khamis, 22 Julai 2010
Pondok Buruk
Dalam pelajaran modular sastera, cikgu telah menayangkan sebuah klip video mengenai pondok buruk. Pondok buruk merupakan sebuah rumah kecil yang sudah lama tidak didiami orang. Selepas menontoni klip video itu, cikgu menyuruh kami melukis gambar pondok buruk. Ini hasil lukisan saya:
Inilah hasil karangan saya:
![]() |
| Gambar pondok buruk saya |
Setelah berbincang mengenai keadaan pondok buruk, cikgu menyuruh kami mengarang sebuah cerita tentang pondok buruk.:
Inilah hasil karangan saya:
"Krik! Krik!” bunyi cengkerik memecahkan suasana malam yang sepi dan sunyi. Amran dan kawan-kawannya tidak sabar untuk pergi menyiasat pondok buruk yang mereka nampak kelmarin. Berhampiran rumah mereka, terdapat sebuah kawasan tanah yang dikelilingi semak-samun. Di situlah mereka ternampak pondok itu sewaktu berlari-lari anak pada petang itu.
Pada malam itu, Johan, Nurul dan Aisyah pun muncul di depan pintu rumahnya.
“Hore! Akhirnya kita akan menjadi penyiasat seperti yang kita tonton di kaca televisyen!” ujar Johan.
Mereka pun berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pondok buruk itu. Johan pun menggunakan lampu suluh yang dibawa untuk memberikan mereka cahaya dalam kegelapan di semak itu. Sebentar kemudian, mereka tiba berdekatan dengan pondok itu. Ia dipenuhi dengan habuk dan sarang labah-labah. Dinding papan pondok itu berlubang-lubang.
Tiba-tiba mereka terdengar suara “WOOOOOO!!!”
“AHHH!” merekat teriak sambil mengorak langkah seribu meninggalkan tempat itu.
Sebenarnya, ada empat orang lelaki yang menggunakan pondok itu sebagai tempat perjudian. Mereka tidak mahu ada orang luar yang mengganggu aktiviti dan tempat mereka bersantai.
Langgan:
Catatan (Atom)
