 |
| Peti Sejuk |
 |
| Rumah Kampung |
 |
| Buayan |
 |
| Rumah Encik Jamil |
 |
| Rumah Puan Sng |
 |
| Rumah Encik Jamil |
 |
| Peti Surat |
Pada hari Rabu yang lalu, kami pergi ke Kampong Buangkok. Kampong Buangkok ialah kampung yang terakhir di Singapura. Kami pergi sana dengan menaiki bas. Apabila kami sampai di sana, saya nampak banyak rumah kampung. Kami beratur dalam dua barisan. Ada beberapa guru yang membawa kami melihat. Saya mengeluarkan kamera saya dan bersedia untuk mengambil gambar. Saya mengambil banyak gambar untuk menjadi kenaagan. Kami dibawa ke sebuah rumah kampung dan menanya Mak Cik Rozi dan Puan Sng, tuan tanah, soalan-soalan seperti berapa lama sudah mak cik tinggal di sini. Selepas menanya soalan, Puan Sng membawa kami ke sebuah rumah kampung yang sebuah filem cina di filemkan. Puan Sng juga menunjukkan kami beg sekolah lama, seperti raga pasar. Kami juga ditunjukkan peti sejuk lama. Sebernanya, ia sebuah peti kayu dan mereka akan meletakkan sisa-sisa mereka di dalam. Tandas mereka hanya sebuah lubang dan mereka harus cangkung. Peti suratnya pun berlainan. Selepas itu, kami pergi ke taman permainan mereka. Di situ buayan mereka hanya sebuah logam dan tali diikat ke pokok. Selepas itu kami melihat taman mereka. Tumbuh-tumbuhan yang didapati di sana seperti pokok koko, pisang, kelapa dan lain lagi. Selepas itu, kami berpusing balik ke rumah Encik Jamil. Salah satu guru yang membawa kami memberitahu yang isteri Encik Jamil boleh kusus untuk perkhawinan untuk orang melayu sahaja. Selepas itu, kami pergi ke pintu masuk dan menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Pada pendapat saya, lawatan ini memberitahu saya lebih lanjut tentang hidupan di kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan