Bahan-bahan
-Planta ataupun majerin
- Satu biji telur ayam
- Satu sudu besar gula
- Satu sudu besar garam
- Satu kilogram tepung gandum
- Satu setengah gelas air tapis ataupun air yang dimasak
Cara-cara
1. Air, garam, gula, telur, dan susu dimasukkan ke dalam besen dan digaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung ke dalam besen dan diuli bersama dengan bahan-bahan yang sudah sebati mengunnakan tangan.
3. Tepung itu diuli selama lebih kurang 10 minit.
4. Selepas itu, adunan tepung itu dibiarkan seketika dan diuli semula hingga tepung kelihatan licin.
5. Kemudian, doh tepung yang siap boleh dibulat-bulatkan bersaiz bawang besar sebanyak 20 biji.