Dalam salah satu aktiviti di buku teks, kami mengenali cara permainan dahulu dan sekarang. Antara permainan dahulu yang popular ialah permainan 'Mencari Cucu'. Permainan ini memerlukan beberapa murid sebagai 'cucu-cucu' dan seorang murid sebagai 'nenek'. 'Nenek' akan berdiri di tengah bulatan dan matanya akan ditutup dengan pelitup mata. 'Cucu-cucu' pula mengelilinginya. Mereka akan menyanyi sambil bergerak dalam bulatan.
Saya dan kawan-kawan telah mencuba permainan ini. Kami berasa amat seronok kerana lagunya mempunyai irama yang menarik.
Inilah lirik lagunya:
Nenek,nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu dimana berada,
Neneku kahwin dengan anak raja.
Selepas 'cucu-cucu' selesai bernyanyi, 'cucu-cucu' akan berdiam. 'Nenek' pula akan menyanyi lagu ini:
Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek hendak cari ganti,
Siapa kena dia menjadi.
'Nenek' harus meraba-raba muka dan rambut salah seorang murid dan meneka siapa itu. Jika diteka dengan salah, 'nenek harus mencari 'cucu-cucu' yang lain. Kalau diteka dengan betul, 'cucu' itu pula yang harus menjadi 'nenek'.
Tontonilah bagaimana kawan-kawan saya cuba mainkan permainan ini.
Pada pendapat saya, permainan dahulu lebih senang dimainkan kerana tidak memerlukan banyak peralatan. Permainan dahulu juga dimainkan beramai-ramai. Tentu lebih menyeronokkan. Nak tahu lebih lanjut? Tontonlah video ini:
Nenek Nenek Si Bongkok Tiga (Permainan Mencari Cucu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan