Saya mempelajari sesuatu yang baharu hari ini, iaitu berpantun. Saya dan kawan-kawan diajar menggunakan pantun dalam lagu dan ucapan. Saya telah mencuba menggunakan pantun dalam membuat satu penyampaian. Sekarang saya tahu menggunakan pantun dengan sesuai.
Berikut adalah sebahagian daripada ucapan saya di mana saya telah menggunakan pantun sebagai penutup ucapan.
"Sekian sahaja ucapan saya pada hari ini. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya ungkapkan serangkap pantun."
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan