Khamis, 12 Ogos 2010
Mendapat tempat ketiga
Saya tidak boleh percaya apabila nama saya disebut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan blogging. Saya mendapat 6 buah buku, sebuah kamera dan sebuah piala gangsa. Saya tidak pernah menyertai pertandingan seperti itu atau mendapat hadiah seperti itu. Ibu serta bapa saya bangga dengan saya kerana mencuba dengan terbaik sekali. Apa yang saya mempelajari dari pengalaman ini ialah selalu bekerja keras dan jangan muda berputus asa kalau mahu berjaya.
Khamis, 29 Julai 2010
Pantun Ciptaan Saya
Sebagi aktiviti lanjutan sesi 'Mari Berpantun', cikgu menggalakkan saya mencipta pantun yang berbentuk moral. Ini kali pertama saya mencipta pantun saya sendiri. Cuba baca pantun yang saya telah cipta ini.
Berjalan-jalan berbatu-batu
Singgah sebentar di sebuah perigi
Janganlah kita malas membantu
Nanti diri sendiri yang akan rugi.
Berjalan-jalan berbatu-batu
Singgah sebentar di sebuah perigi
Janganlah kita malas membantu
Nanti diri sendiri yang akan rugi.
Moral: Kita mesti sentiasa bantu-membantu, untuk orang lain dan juga diri sendiri. Jika kita malas, kita tidak akan dapat apa-apa kejayaan.
Bagaimana? Bagus atau tidak? Berilah komen anda.
Sabtu, 24 Julai 2010
Lawatan ke Muizum Penyu dan Kura-kura
Saya turut dapat melihat seekor penyu sedang bertelur. Kasihan penyu itu. Air matanya mengalir semasa ia bertelur. Tentu sakit.
Pemandu wisata juga menunjukkan kami seekor penyu yang cacat. Penyu itu tidak dijaga dengan baik, sebab itu kulitnya melengkong ke dalam.
Telur-telur yang bujur merupakan telur-telur yang sudah rosak dan tidak boleh menetas. Telur-telur ini mempunyai kulit yang keras.
Terdapat beberapa perbezaan antara penyu dan kura-kura. Antaranya ialah kehidupan mereka. Penyu boleh tinggal di darat dan di laut. Manakala kura-kura hanya boleh hidup di darat.
Hasil lawatan ini, kami disuruh membuat sebuah video mengenai kehidpuan penyu dan kura-kura. Kami telah diajar menggunakan Windows Movie Maker untuk menghasilkan sebuah video. Inilah hasil video saya.
Khamis, 22 Julai 2010
Pondok Buruk
Dalam pelajaran modular sastera, cikgu telah menayangkan sebuah klip video mengenai pondok buruk. Pondok buruk merupakan sebuah rumah kecil yang sudah lama tidak didiami orang. Selepas menontoni klip video itu, cikgu menyuruh kami melukis gambar pondok buruk. Ini hasil lukisan saya:
Inilah hasil karangan saya:
![]() |
| Gambar pondok buruk saya |
Setelah berbincang mengenai keadaan pondok buruk, cikgu menyuruh kami mengarang sebuah cerita tentang pondok buruk.:
Inilah hasil karangan saya:
"Krik! Krik!” bunyi cengkerik memecahkan suasana malam yang sepi dan sunyi. Amran dan kawan-kawannya tidak sabar untuk pergi menyiasat pondok buruk yang mereka nampak kelmarin. Berhampiran rumah mereka, terdapat sebuah kawasan tanah yang dikelilingi semak-samun. Di situlah mereka ternampak pondok itu sewaktu berlari-lari anak pada petang itu.
Pada malam itu, Johan, Nurul dan Aisyah pun muncul di depan pintu rumahnya.
“Hore! Akhirnya kita akan menjadi penyiasat seperti yang kita tonton di kaca televisyen!” ujar Johan.
Mereka pun berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pondok buruk itu. Johan pun menggunakan lampu suluh yang dibawa untuk memberikan mereka cahaya dalam kegelapan di semak itu. Sebentar kemudian, mereka tiba berdekatan dengan pondok itu. Ia dipenuhi dengan habuk dan sarang labah-labah. Dinding papan pondok itu berlubang-lubang.
Tiba-tiba mereka terdengar suara “WOOOOOO!!!”
“AHHH!” merekat teriak sambil mengorak langkah seribu meninggalkan tempat itu.
Sebenarnya, ada empat orang lelaki yang menggunakan pondok itu sebagai tempat perjudian. Mereka tidak mahu ada orang luar yang mengganggu aktiviti dan tempat mereka bersantai.
Selasa, 20 Julai 2010
Syair dalam lagu
Sempena Bulan Bahasa, beberapa bengkel yang menarik telah diadakan termasuklah bengkel bagaimana untuk melagukan puisi atau syair.
Kawan saya, Qayyum dan Khairul telah dipilih untuk menyampaikan persembahan mereka.
Khairul dan Qayyum telah menggunakan Hang Nadim dan menyampaikannya dalam bentuk cerita dan puisi. Persembahan mereka sungguh menarik sekali. Ramai penonton yang tertarik dengan persembahan mereka. Begitu juga saya. Saya rasa, mereka telah berjaya menyampaikannya dalam bentuk bahasa yang amat indah.
Cuba awak lihat betapa menarik persembahan mereka ini. Persembahan mereka telah dipilih untuk Majlis Pembukaan Rasmi sekolah kami.
Hebat bukan? Syabas kepada mereka berdua!
Isnin, 19 Julai 2010
Drama Harimau dan Tikus
Di sekolah saya, cikgu memberi saya peluang untuk berdrama. Saya menjadi pencerita. Saya berlatih bersungguh-sungguh di rumah supaya saya dapat bercerita dengan baik. Saya dan rakan-rakan saya seronok dapat bercerita. Cerita ini mengisahkan seekor harimau yang baik hati. Dia telah melepaskan tikus dan tidak memakannya. Akhirnya, tikus menolong harimau daripada diperangkap pemburu. Cerita ini mengajar kita bahawa yang kecil pun boleh menolong yang lebih besar.
| Lihatlah harimau dan tikus. Gurdiraj memang sajak menjadi harimau. |
Jumaat, 16 Julai 2010
Silat
Sila klik pautan ini untuk informasi lebih lanjut mengenai mereka.
Selepas itu kami menuliskan hasil temu ramah itu dalam bentuk penyampaian di Powerpoint. Kami juga menceritakan pengalaman kami menjalani latihan silat dalam powerpoint itu.
Langgan:
Catatan (Atom)

